chopp!!

Selasa, 27 Januari 2015

kerja rumah..bakar kalori??



Adakah anda tahu bahawa dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu,berkebun,membasuh kereta,mengemop dan sebagainya akan membakar kalori anda dengan berkesan.ini adalah kerana aktiviti berkenaan akan mengeluarkan peluh.
Memiliki tubuh yang diidamkan dengan membakar kalori sememangnya mengambil masa yang agak lama.malah belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual untuk ke pusat gim atau berjogging di taman melainkan anda mengetahui rahsia penurunan kalori paling cepat adalah melakukan kerja-kerja rumah sahaja.


CARA BAKAR KALORI DALAM BADAN DENGAN MELAKUKAN KERJA RUMAH

Membasuh kereta
-membasuh kereta selamasetengah jam membantu membakar 143 kalori .Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa 'teknik'seperti melunjurkan kaki saat membasuh kereta,melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda.

Berkebun
-Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265kalori setiap jam.Melakukan senaman squad ketika bercuck tanam boleh menghasilkan tubuh yang diidamkan dan jika diteruskan pembakaran kalori boleh meningkat 306 setiap kali anda berkebun.

**senaman squad
Pertama, berdiri lurus. Kemudian rendahkan punggung anda ke bawah secara perlahan-lahan, dan bukannya lutut anda ke bawah (lutut sehingga bahagian bawah kaki sepatutnya tidak bergerak banyak, statik lebih baik). Sekiranya anda dapati otot hamstring (peha belakang) anda meregang, maka anda berjaya melakukan senaman ini dengan betul.



Membasuh Pakaian
-Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan,percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144 . Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30saat ,diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori sehingga kepada 178.


Mengemop 
-Dengan mengemop lantai anda mampu untuk membakar kalori sehingga 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani ,mengemop lantai 3 kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini jadikan aktivitimengemop lantai sebagai satu aktiviti wajib suat setiap minggu.


Mengosok baju
Anda dapat membakar sebanyak 113.1 kalori jika anda menghabiskan masa satu jam untuk menggosok baju. Add a bit more fun to it dengan meletakkan tempat gantung baju sedikit berjauhan dari tempat anda menggosok, maka anda perlu lebih banyak bergerak dan dapat membakar lebih banyak kalori.
 


Mencuci tingkap
  -Tahukah anda bahawa mencuci tingkap juga mampu membakar kalori kita.Mencuci tingkap   selama satu jam dapat membakar sebanyak 180.3 kalori. 


Memasak
- Sebagai seorang isteri mahupun ibu, memasak sememangnya aktiviti wajib hampir setiap hari. Baik hanya masak untuk sarapan pagi mahupun makan malam, aktiviti ini sememangnya dapat membakar kalori. Jika anda memasak selama satu jam, anda berjaya membakar 150 kalori.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan