Pengambilan
air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting
dalam keseimbangan tubuh badan kita.
Antara fungsinya ialah:
- Untuk memastikan tubuh tidak terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
- Memastikan supaya organ-organ seperti mulut,mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembab dan boleh berfungsi dengan baik.
- Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin melalui air kencing.
- Air juga adalah agen bagi membawa nutrien dan oksigen kepada sel tubuh yang memerlukan.
- Air bertindak juga sebagai agen pelincir pada sendi-sendi dan dapat elakkan mendapat penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
- Melarutkan semua mineral bagi penyerapan oleh tubuh badan kita.
Formula
pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum dalah seperti berikut:
Sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat
badan kita.
contohnya : katakan berat badan anda 75kg
maka pengiraannya ialah:
25kg=1liter
75kg bahagi 25 kg = 3liter
maka jumlah air yang diperlukan oleh
tubuh anda ialah 3 liter sehari.
Minum air
pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh kita secara sekaligus adalah cara yang
salah.Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari,maka anda meminum dan
menghabiskan air sebanyak itu selama 2 jam sahaja.Perbuatan tersebut adalah
sama sekali salah kerana badan kita tidak dapat bekalan air yang berterusan
untuk menampung pelbagai proses di dalam badan setiap hari.Jadikan rutin
meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Pastikan anda mengambil air
pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu
sehingga rasa haus untuk minum air. penyakit seperti cirit-birit,muntah,batu
karang dan jangkitan pada pundi kencing memerlukan kuantiti air yang banyak
untuk memulihkan kualiti kesihatan anda. Bagi pesakit kegagalan buah pinggang
dan hati pula perlu merujuk kepada pakar untuk mengetahui jumlah air yang perlu
diambil kerana pesakit penyakit ini tidak boleh meminum air dalam jumlah yang
banyak. Jika anda bersukan pengambilan air sebelum , semasa dan selepas
bersukan adalah disarakan untuk mengantikan air yang keluar dari badan melalui
proses perpeluhan.Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan
bayi,pengambila air yang lebih iaitu 3 hingga 4 gelas sehari adalah disarankan.
Tanda-tanda
badan kita terhidrat ialah:
- kepenatan
- keletihan
- kekeringan di dalam mulut
- rasa sakit ketika kencing
- gejala sembelit
- sakit kepala
- pertambahan berat badan
- sakit otot
- ketidakstabilan emosi
Kelebihan
meminum air yang mencukupi:
- melancarkan proses dalam sistem tubuh badan
- menyahtoksikkan badan dengan cara semulajadi
- kulit akan sentiasa lembab dan awet muda
- melambatkan proses pengecutan kulit
- badan sentiasa cergas dan ringan disamping membantu kurangkan berat badan.
bermulanya di sini..: AMBIL VITAMIN..TETAPI TIADA KESAN??
BalasPadam